Soal & Jawab

Soalan & Jawapan Beli Buku Online
Berikut beberapa soalan lazim yang ditanya oleh pembeli-pembeli Beli Buku Online
1. S : Bagaimana hendak membuat tempahan?
J : Emailkan tempahan kepada KraiUtara_estore@yahoo.com dan nyatakan tajuk buku, kuantiti dan lokasi. Selepas itu, anda akan menerima sebut harga buku & kos penghantaran daripada kami.
2. S : Berapa harga buku?
J : Harga buku telah dinyatakan di halaman Beli Buku Online. Sila rujuk di sana untuk maklumat lanjut.
3. S : Berapa lama buku yang ditempah akan sampai?
J : 1-3 hari bergantung kepada zon tertentu. Namun, sila beri 5 Hari Bekerja untuk memastikan buku selamat sampai ke destinasi.
4. S : Bagaimana nak buat bayaran buku?
J : Bayaran buku boleh dilakukan secara online transfer (Maybank2u, Cimbclicks) atau secara offline (ATM, kaunter). Sila rujuk di halaman pembayaran.
5. S : Dijamin sampai ke buku yang ditempah?
J : Pihak Beli Buku Online memberi jaminan, buku yang ditempah akan sampai ke destinasi melainkan kecuaian di pihak lain (kesalahan alamat & sebagainya)
6. S : Boleh ke penghantaran dilakukan ke negara-negara lain?
J : Boleh, pihak kami tidak menghadapi masalah untuk membuat penghantaran ke luar negara. Kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
7. S : Penghantaran menggunakan perkhidmatan apa?
J : Ketika ini pihak kami menggunakan POS EXPRESS dan POS LAJU.
8. S : Apakah yang dimaksudkan dengan bukti bayaran?
J : Salinan slip bank yang dibayar secara online atau offline. Salinan ini hendaklah dikepilkan (attach) bersama dengan email untuk pengesahan bayaran. Tanpa bukti, pengesahan bayaran tidak dapat kami lakukan
9. S : Bagaimana nak kepilkan (attach) salinan slip bayaran?
J : Anda boleh scan (imbasan), menggunakan kamera digital, kamera telefon (pastikan jelas & terang) atau buat attachment file untuk bayaran secara online.
10. S : Saya tiada kad kredit. Boleh ke saya membuat pembelian di Beli Buku Online?
: Boleh, tiada masalah. Anda boleh membuat bayaran secara deposit wang dan pemindahan wang.